Tuesday, 11 August 2015

Chapter 4 : Laban 1kg

Perhatian kepada penggemar laban...
Khususnya teman2 urdun, mesir dan syria...
----------------------------------------------
Apakah itu laban?
Laban adalah produk olahan susu lembu yang difermentasikan, yang sering kita kenal dengan sebutan yogurt..
-----------------------------------------------------------
Apa pula manfaat laban/yogurt ini pada manusia?
~ membantu pencernaan sistem penghadaman
~ kaya dengan protein yang berguna untuk pertumbuhan sel, vitamin B kompleksnya sangat baik untuk kesihatan wanita, kandungan kalsium dan zat besinya yang tinggi dapat mencegah pereputan tulang.
dan macam2 lagi khasiatnya setelah dinikmati dalam harian2 anda kelak...
-------------------------------------------------------------
KINI,
Laban Istimewa dari Mojako's Yogurt
- 100 % Susu Lembu Segar
- Susu dari penternak tempatan
- Perusahaan memproses yogurt asli
- 100 % milik Bumiputra




Friday, 7 August 2015

Chapter 3 : 1st Pamphlet

Alhamdulillah... 
1st pamphlet done!!..
 credit to Miss Madihah...one of our team..





Thursday, 6 August 2015

Chapter 2 : Kenapa YOGURT Perlu Ada Dalam Peti Sejuk ANDA ???

Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaituLactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan merawat cirit-birit. Antara kebaikan yogurt ialah :

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.
Amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.

9. Mampu atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

10. Sumber kalsium dan protein terbaik
Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.



Wednesday, 5 August 2015

Chapter 1 : Intro Mojako

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Kami adalah mojako's. Jika anda adalah penggemar yogurt, Mojako's lah jawapannya. Kami adalah penggusaha yogurt yang menggunakan 100% susu lembu segar asli dari penternak tempatan. Jika anda belum pernah merasai yogurt segar handmade, anda patut mencuba Mojako's. Mojako adalah perusahaan 100% milik bumiputera dan semestinya produk muslim. Ayuh mencuba produk kami, anda pasti terpikat dengan rasa yogurt sebenar.