Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan
protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang
menyihatkan pencernaan iaituLactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus
thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan
merawat cirit-birit. Antara kebaikan yogurt ialah :
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu
mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.
Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta
ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua
jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi
kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan
sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang
terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat
diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan
laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan
merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan
menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan
keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping
memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah
jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak
dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang
mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan
(pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih
banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.
Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari
bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini
adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk
kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria
akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku
di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of
Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah
lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana
kandungan kalsium di dalam yogurt.
8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.
Amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan
yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta
penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam
yogurt meningkatkan penyerapan mineral.
9. Mampu atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria
baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak
dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang
diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut
mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami
stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron
yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia
otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di
antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork,
Ireland.
10. Sumber kalsium dan protein terbaik
Non fat
yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan
452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata
yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian
kita.